Isnin, 6 April 2009

BAJA SAWIT MPOB F1


Gambar atas adalah BAJA SAWIT MPOB F1

TANAMAN EMAS MALAYSIA...

Pengeluaran hasil sawit yang baik bergantung pada beberapa factor penting seperti kesesuaian tanah dan iklim. Penyediaan kawasan tanaman (tanah) yang sempurna, jenis dan kualiti anak benih yang digunakan, pengurusan agronomi dan kawalan penyakit/perosak. Dalam pengurusan agronomi sawit, pembajaan merupakan aspek penting kerana pokok sawit memerlukan kadar pembajaan yang tinggi berbanding dengan tanaman lain.

Pada masa ini, terdapat pelbagai jenis baja yang dijual di pasaran seperti baja tunggal, baja sebatian dan baja campuran. Baja tunggal mengandungi satu unsur utama sahaja, manakala baja campuran dan sebatian mengandungi lebih daripada satu unsur utama. Baja campuran dibuat dengan mencampurkan beberapa jenis baja tunggal secara fizikal Baja Sebatian pula dibuat dengan mencampurkan beberapa unsur melalui proses basah atau proses kering menggunakan tekanan tinggi.

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), melalui penyelidikkan selama 20 tahun telah berjaya menghasilkan formulasi baja seimbang yang dinamakan Baja Sawit MPOB F1.

BAJA SAWIT MPOB F1

Baja Sawit MPOB F1 ini adalah baja sebatian yang mengandungi nutrient yang seimbang dengan kebaikan cirri-ciri baja sebatian. Baja sawit yang seimbang penting untuk membantu pekebun sawit menggunakan baja yang paling sesuai bagi mencapai peningkatan hasil.

Baja Sawit MPOB F1 dibuat melalui proses kering di bawah tekanan tinggi. Bahan mentah yang digunakan bermutu tinggi. Semua bahan mentah ini dikisar halus, digaul sama rata sebelum dipadatkan dan dipecahkan dalam bentuk butir tidak sama (irregular shape). Baja padat ini akan sentiasa keras dan tidak akan berasingan (segregated) sekurang-kurangnya dalam tempoh enam bulan.

Formulasi baja serta bahan mentah yang digunakan untuk membuat Baja Sawit MPOB F1 adalah seperti Jadual 1.

Baja Sawit MPOB F1 menggunakan ammonium sulfat (AS) dan diammonium fosfat (DAP) sebagai sumber nitrogen dan fosfat. Nitrogen daripada ammonium sulfat boleh disimpan lebih lama dalam tanah berbanding dengan sumber nitrogen yang lain seperti ammonium nitrat atau urea. Fosfat larut air daripada diammonium fosfat adalah lebih tinggi berbanding bantuan fosfat.

Walau bagaimanapun, bantuan fosfat larut asid sitrik lebih tinggi sehingga 75% apabila melalui proses tekanan tinggi. Seperti mana baja sebatian lain, sumber kalium, magnesium dan nboron adalah daripada muriate of potash, kieserite dan borax. Yang lebih penting ialah keputusan percubaan baja MPOB menggunakan bahan tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan